saya meneliti perjalanan atas beberapa perjalanan yang panjang. kekadang kita merasakan sesama ikhwah tidak memerlukan semanagt ikhwah kerana atas nama ‘ikhwah’ semuanya utuh. jika sebelum ikhwah, setiap perkara, hubungan dan cara dihubung dengan norma dan hak sebagai ‘insan’ manusia. tetapi ada di kalangan mereka apabila telah bergelar ‘ikhwah’ bermakna setiap hak ‘insan’ yang sebelum ini boleh dicerobohi, boleh dicarik-carik, boleh dibobrokkan kerana ata nama ‘ikhwah’. Ya, atas nama ‘ikhwah’ semuanya boleh. atas nama ‘ikhwah’ hartanya adalah harta kita juga, kuncinya adalah kunci kita juga, bajau, makanan dan sebagainya adalah milik kita, maka atas nama ‘ikhwah’, tidak perlu meminta izin untuk menerima manfaat harta mereka, tidak perlu meminta halal untuk sesuap makanan milik mereka. Pelinya, sebelum ini, kerana atas nama ‘insan’ hak insaniah seperti meminta izin, meminta halal, adab pergaulan, suara, sikap kasih dijaga dengan rapi.
fenomena ini bukan ingin menggariskan kekesalan, tetapai lebih dari itu. kerana ISlam bukan mengajar setakat keikhwahan, kerana Islam juga mengajar bahawa pejuang agama Allah adalah saudara sesama mereka. Kerana saudara itu perlu dijaga harta mereka, kerana saudara itu perlu dijaga hak mereka dan kerana saudara itu perlu dipelihara kasih mereka. Sepatutnya, atas nama ‘ikhwah’ harta mereka dijaga dari kurang atau hilang, atas nama ‘ikhwah’ makana mereka dipastikan berterusan tanpa habis, atas nama ‘ikhwah’ kunci atau baju atau segalanya dipelihara bersih. Bukan setakat mengguna, meminjam atau membuat kerosakan.
Moga semangan ‘ikhwah’ itu bukan semangat untuk mengambil ruang tau peluang. moga semangat ‘ikhwah’ itu adalah satu semangat yang menarik manusia ke dalam, dan mengikat manusia yang sudah berada di dalam, moga semangat ‘ikhwah’ itu bukan sekadar nama perjuang Islam, tetapi adalah amalan yang menyebabkan masyarakat merasakan mereka adalah sangat unik dan sangat ingin dikenali bukan sangat unik dan perlu ditepis.
atas nama ‘ikhwah’
Posted in bila hati berkata with tags akhawat, asia, ikhwah, indonesia, Islam, Jamaah, jemaah, malaysia, muslim on December 16, 2010 by calculator888999buli: coretan yang mengembalikan memori
Posted in bila hati berkata with tags asrama, buli, malaysia, melayu, pukul, rambo, sains, tingkatan on July 4, 2010 by calculator888999Terima kasih atas coretan blog Saifulislam. http://saifulislam.com/?p=8084
cerita pendek yang mengungkit memori silam diri tika di bangku sekolah. Ya, sama seperti saifulislam, 13 tahun, tapi bukan berlatr belakang sekolah agama. sekolah sains yang terkenal tetapi juga terkenal dengan perangai hodohnya di kalangan sekolah2 serupa.
kehidupanku sepanjang 3 tahun cukup mendewasakan diri. meneliti perangai juga tabiat manusia yang pelbagai, yang beragam latar keluarga yang kadang-kadang menyedihkan hati.
buli dari pelbagai buli, pukul dari pelbagai pukul, rokok, onani, ceroboh blok perempuan, mandi tangki, berbeku haram, rambo, keluar malam, semuanya ada di situ. sebut sahaja perkara baru, semuanya pasti akan dicuba.
‘umur kamu tingkatan 3,4,5 adalah penentu personaliti kamu dewasa kelak’. kata seorang abang tingkat tika aku mengambil wuduk di surau. Kata-kata itu aku pegang sehingga aku tingkatan 5. dan secara 60% adalah tepat. terima kasih kerana mngingatiku akan hal itu.
jom zina jom buang bayi
Posted in bila hati berkata with tags agama, hina, Islam, malaysia, menteri, parlimen, sekolah, tandas, tidur, zina on May 17, 2010 by calculator888999ya, bagaikan bermusim. buang bayi, zina, cium, raba sana dan sini itulah kebiasaan dan adat melayu remaja kini. tidak boleh dibendung, tidak tahu lagi apa yang perlu dibuat. kempen sana dan sini semuanya hanyalah bagai musim buah durian. tiba masa ia galak sampai murah dijual, tetapi bila bukan masa, hilang baunya malah tidak terasa durinya. itulah Melayu kini. melayu millenium yang membawa satu perubahan dalam sosial adat Melayu.
jika dulu terkenal dengan kesopanan, tatasusila dan bahasa, kini ia tinggal sejarah. dan jika ada lagi pihak yang ingin mempertahankan kewujudan kesopanan melayu yang praktis, suka saya katakan, mereka hanya bermimpi tau cuba menanam tebu di bibir. realitinya, remaja kita teruk, bagai binatang. ya, remaja melayu, tidak pula kedenganran remaja cina atau india. Melayu perlu malu, kerana Melayu semakin hari semakin layu. Penylesaiannya? kusut? tetapi jika mereka yng punya sinar dalam hati, Islam tempat kembali.
Harakah dan personaliti perjuangan
Posted in bila hati berkata with tags arak, BN, gadis, judi, lelaki, mahasiswa., malaysia, PAS, perempuan, PKR, rasuah, remaja, seks, UMNO, zina on May 15, 2010 by calculator888999saya tertarik dengan keratan-keratan bacaan yang dipamerkan media kerajaan dan pembangkang. juga tidak lepas pandangan saya terhadap media islam seperti akhbar untuk ahli-ahli gerakan. mencari dan melihat pandangan masyarakat dari dua pihak yang berbeza. bukan mahu menyokong sana atau sini atau mengatakan sana betul sini salah dan sebagainya. cuma tertarik melihat bagaimana pendirian sesuatu dibuat. kekadang saya hairan, di dalam sucinya lembaran gerakan suci, ada juga kata-kata kesat yang dilemparkan untuk bacaan umum. kutuk mnegutuk atau penghinaan senagsaja dipamerkan. malah ada juga pameran kutuk dan perkataan hina yang ditulis oleh ahli parlimen untuk tatapan rakyat.
persoalannya, inikah yang dikatakan personaliti akhbar gerakan suci?. sehuru-hara media semasa, sampai tahap manakah perlunya kita melampaui batas, mengutuk manusia yang benara tau salah di hadapan penyokong gerakan. adakah ini caara kita mendidik masyarakat bahawa tohmahan itu dibolehkan jika ia berpaksikan ‘politik’? pelik tetapi benar, yang adab dihalalkan dan yang tidak dibolehkan.
perlu diingati, bahawa gerakan yang suci perlu diwajahkan dengan perkataan dan idea yang bersih, senang dibca masyarakat. dan bukan perkataan mengumpat, menghina dan menjatuhkan semata-mata mahu mendapat sokongan. kerana gerakan yang suci hanya akan terus dihayati rakyat jika ia mendidik masyarakat bahawa ia adalah Islam sebenar, punya beza pada gerakan yang lain. Jika gerakan yang sucipun mampu menerbitkan kata-kata hina dan merendahkan, maka tiada beza antara gerakan suci dan kotor bagi pandangan masyarakat.
Buang bayi lagi
Posted in bila hati berkata with tags agama, hina, Islam, malaysia, menteri, parlimen, sekolah, tandas, tidur, zina on May 7, 2010 by calculator888999buang bayi lagi. itu sifat atau trend remaja malaysia. tidak kira umur dan bangsa. tidak sampai sebulan ia keudara, ada lagi mangsa yang terjumpa dalam keadaan hina tetapi sebenarnya ibu bapa mereka lebih hina dari sadisnya penemuan mereka. apa hendak jadi dengan melayu kita. masih lagi tidak punya sifat manusia, lebih senang untuk bersifat binatang durjana. hatta anjing dan babi juga tahu menjaga anak, tetapi remaja kita tidak punya akal sehebat itu.
16 tahun sudah punya anak di luar nikah, dan entah mana lagi.
semua mencari di mana mahu menampal lopongan labu-labu ini. dan semuanya hanya mencari jalan seolah-olah katanya kontemporari tapi hakikatnya sekadar menaikkan nama menunjukkan mereka bekerja. kempen sekadar tiupan ribut yang datang bermusim. dan kempen juga yang tidak kena tempat juga masa. masakan perlu kempen2 buang bayi di sekolah tadika dan juga sekolah rendah serendah darjah 1 atau 2?. atau perlunya menengahkan kempen pada remaja di sekolah menengah dan universiti serta kolej-kolej swasta yang entah ribut mana keadaan parti seksnya.
dunia nyata semakin hujung pada usia. dan akan tiba di satu masa, bumi ini tidak lagi mampu menahan air mata melihat bayi-bayi suci ini dihanyut, dibuang dan dilempar mati begitu sahaja. dan akhirnya masa yang dijanji Allah tiba pada tika manusia dan Melayu sedang seronok bersama teman berpesta, bercampur gaul dan merasai nikmat terlarang.
oh, bagaimana aku mahu mengubah mereka?
malaysia: a raping zone?
Posted in bila hati berkata with tags arak, BN, gadis, judi, lelaki, mahasiswa., malaysia, PAS, perempuan, PKR, rasuah, remaja, seks, UMNO, zina on April 26, 2010 by calculator888999just less than a week this entry was written, another girl aged 15 was raped while on her way to school. walking in her own feet, from her mom’s house which is less than 600 metres to the school gate, raping crime could happen.
i have no idea what on earth malaysia will be in the future if the publics and also the minister don’t take this serioud=sly. i don’t know whether they really care about raping or pre-marital sex unless if they or their family commit that as ritual or weekly habits. what on earth malaysia will be in the future with all the cute little baby with no father and hang out with young pretty or bad looking mother who still don’t know how to change the nappies or how to make their baby super baby to prepare for challanging future.
i don’t know, and don’t have clue. my little words seems have no place in media, in hot newspapers which always full with childish politics, with all the street quality singers and dancers gossips and all the ridiculous entertainment. come on malaysia, west and east are growing like super genious giants. you are still palying with your own so called happy doll to feel you are safe and better educated than others.
tudung dan melayu
Posted in bila hati berkata with tags akhawat, BN, ikhwah, malaysia, PKR, politik, UMNO on April 23, 2010 by calculator888999
saya terpanggil untuk memberi lontaran isi hati tetakala melihat rakan-rakan di luar bertudung tetapi tidak sempurna. dunia berada pada garis lengkung menurun dan bukan lagi melonjak naik. jika zaman 30 an tudung melayu adalah mini tudung, zaman 80-an membawa perubahan besar di mana tudung sebenar dikenalkan kepada hati-hati yang ingin bertudung. millenium telah menjajah fesyen akidah ini. abad baru merobek apa itu ibadah dan syariat. tudung tidak lagi tudung yang termaktub pada kitab suci ciptaan tuhan Esa.
lontarkan pandang mu ke dunia luar. buka seluas luas pada gadis-gdis atau makcik-makcik, pandang juga pada anak remaja menengah, jangan lupa anak muda rendah dan hebar sekali para penuntut menara gading. dan pandangmu perlu fokus pada gadis dan wanita bukan lelaki atau perwira.
ya, persoalan utama, berapa kelompok dalam luas pandang matamu itu mereka yang bertudung, dan dalam luasan ini, mereka yang bertudung, berapa timbun mereka menutup perkara sebenar. belum lagi melihat pada pakaian mereka, berapa juta yang berpakai baju kurung atau kebaya yang dulunya sopan dan rupanya sekarang tembus nampak belahan gunung berapi yang tidak sepatutnya. belum lagi baju kurung yang sebenarnya elok untuk mengurung sang cempedak bukan mengurung anak gadis. ini belum campur dengan buaian lenggok juga jelingan mata, timbunan bedak juga solekan dan gaya yang meluatkan. ada juga tidak terlepas yang punya pakaian sopan tetapi tudungnya hanya sekadar mampu dibuat tudung saji, sekadar menghalang lalat atau nyamuk berteduh di rimbunan rambut yang pelbagai.
aku menginsafi diri. dalam leka mengejar cita, dalam lalai melangsai ibadah, dunia makin menghampiri hujungnya. sedihnya dan gerun bahawa ketetapan ini diambil senteng dan dianggap cerita kayangan. Ya Allah, rupanya dunia menghampiri goncangan yang engkau janji. jangan aku mati dalam goncangan itu Ya Allah. benarlah kata Rasul kecintaanku, akan tiba satu masa kamu melihat manusia berpakaian tetapi telanjang.