apa kita mahu?
kadang-kadang hairan, apa yang kita mahu dari kehidupan dunia ini. Muslim memahami tugas kita yang besar, peranan dan tanggungjawab yang lebih banyak dari masa. Paling tidak, muslim mesti megetahui bahawa dunia ini adalah tempat musafir bagi kita, nun jauh di sana ada lagi kehidupan yang ‘abadan’. Tapi, hairan juga pikiranku melihat gelagat dan telatah rakan seperjuangan, rakan sebaya mahupun rakan-rakan di luar sana, muda mudi remaja dan pelajar utamanya, yang menikmati dunia ini bagaikan syurga yang kekal selamanya. Tanyalah apakah aktiviti yang diisi mereka sehari suntuk. Tidak pun apa yang mereka habiskan sepanjang cuti dan juga masa senggah setiap hari. Emm, tidak tv, movie, tidak games, loving. Itulah realiti kita. Jenguklah mereka dan kamu akan termenung panjang, sedih dan kelu bagaimana mengetuk kepala mereka untuk mengatakan bahawa, ‘Hoi, kiamat sudah dekat!’. Teringat pada sayid Qutb dalam tafsir juzuk 30 beliau. pendekatan yang Allah gunakan adalah antaranya ingin mengatakan bahawa ada lagi dunia selepas ini, ada lagi kuasa yang mempu menadingi kuasa yang kamu ada, dan ingin menjelaskan dengan sebolehnya bahawa kita adalah hamba yang punya tugas.
Mungkin kerana kemewahan dunia, ‘Al Wahan’ menyebabkan hati ini gelap dari mengingati peranan kita sehari-hari. Taburlah duit berjuta-juta pada mereka dan kamu pasti jika esok kemu ingin mereka menyembah kamu, nescaya malam ini juga sudah ada pemujaan terhadap kamu. Itulah mereka yang masih lagi meletakkan dunia dalam hati. AKu bermohon pada Ilahi, agar menjadikan diriku ini melihat dunia itu ada dalam gengamamku, melihat dunia ini tidak bernilai selain tingginnya nilai syurgamu Ya Rabbi. Aku juga memohon agar sahabat muslim hari ini meletakkan dunia di tangan mereka agar mampu digenggam dan bukan ditanam dalam hati yang banyak helah sendiri…