jom zina jom buang bayi
ya, bagaikan bermusim. buang bayi, zina, cium, raba sana dan sini itulah kebiasaan dan adat melayu remaja kini. tidak boleh dibendung, tidak tahu lagi apa yang perlu dibuat. kempen sana dan sini semuanya hanyalah bagai musim buah durian. tiba masa ia galak sampai murah dijual, tetapi bila bukan masa, hilang baunya malah tidak terasa durinya. itulah Melayu kini. melayu millenium yang membawa satu perubahan dalam sosial adat Melayu.
jika dulu terkenal dengan kesopanan, tatasusila dan bahasa, kini ia tinggal sejarah. dan jika ada lagi pihak yang ingin mempertahankan kewujudan kesopanan melayu yang praktis, suka saya katakan, mereka hanya bermimpi tau cuba menanam tebu di bibir. realitinya, remaja kita teruk, bagai binatang. ya, remaja melayu, tidak pula kedenganran remaja cina atau india. Melayu perlu malu, kerana Melayu semakin hari semakin layu. Penylesaiannya? kusut? tetapi jika mereka yng punya sinar dalam hati, Islam tempat kembali.