buli: coretan yang mengembalikan memori
Terima kasih atas coretan blog Saifulislam. http://saifulislam.com/?p=8084
cerita pendek yang mengungkit memori silam diri tika di bangku sekolah. Ya, sama seperti saifulislam, 13 tahun, tapi bukan berlatr belakang sekolah agama. sekolah sains yang terkenal tetapi juga terkenal dengan perangai hodohnya di kalangan sekolah2 serupa.
kehidupanku sepanjang 3 tahun cukup mendewasakan diri. meneliti perangai juga tabiat manusia yang pelbagai, yang beragam latar keluarga yang kadang-kadang menyedihkan hati.
buli dari pelbagai buli, pukul dari pelbagai pukul, rokok, onani, ceroboh blok perempuan, mandi tangki, berbeku haram, rambo, keluar malam, semuanya ada di situ. sebut sahaja perkara baru, semuanya pasti akan dicuba.
‘umur kamu tingkatan 3,4,5 adalah penentu personaliti kamu dewasa kelak’. kata seorang abang tingkat tika aku mengambil wuduk di surau. Kata-kata itu aku pegang sehingga aku tingkatan 5. dan secara 60% adalah tepat. terima kasih kerana mngingatiku akan hal itu.