atas nama ‘ikhwah’
saya meneliti perjalanan atas beberapa perjalanan yang panjang. kekadang kita merasakan sesama ikhwah tidak memerlukan semanagt ikhwah kerana atas nama ‘ikhwah’ semuanya utuh. jika sebelum ikhwah, setiap perkara, hubungan dan cara dihubung dengan norma dan hak sebagai ‘insan’ manusia. tetapi ada di kalangan mereka apabila telah bergelar ‘ikhwah’ bermakna setiap hak ‘insan’ yang sebelum ini boleh dicerobohi, boleh dicarik-carik, boleh dibobrokkan kerana ata nama ‘ikhwah’. Ya, atas nama ‘ikhwah’ semuanya boleh. atas nama ‘ikhwah’ hartanya adalah harta kita juga, kuncinya adalah kunci kita juga, bajau, makanan dan sebagainya adalah milik kita, maka atas nama ‘ikhwah’, tidak perlu meminta izin untuk menerima manfaat harta mereka, tidak perlu meminta halal untuk sesuap makanan milik mereka. Pelinya, sebelum ini, kerana atas nama ‘insan’ hak insaniah seperti meminta izin, meminta halal, adab pergaulan, suara, sikap kasih dijaga dengan rapi.
fenomena ini bukan ingin menggariskan kekesalan, tetapai lebih dari itu. kerana ISlam bukan mengajar setakat keikhwahan, kerana Islam juga mengajar bahawa pejuang agama Allah adalah saudara sesama mereka. Kerana saudara itu perlu dijaga harta mereka, kerana saudara itu perlu dijaga hak mereka dan kerana saudara itu perlu dipelihara kasih mereka. Sepatutnya, atas nama ‘ikhwah’ harta mereka dijaga dari kurang atau hilang, atas nama ‘ikhwah’ makana mereka dipastikan berterusan tanpa habis, atas nama ‘ikhwah’ kunci atau baju atau segalanya dipelihara bersih. Bukan setakat mengguna, meminjam atau membuat kerosakan.
Moga semangan ‘ikhwah’ itu bukan semangat untuk mengambil ruang tau peluang. moga semangat ‘ikhwah’ itu adalah satu semangat yang menarik manusia ke dalam, dan mengikat manusia yang sudah berada di dalam, moga semangat ‘ikhwah’ itu bukan sekadar nama perjuang Islam, tetapi adalah amalan yang menyebabkan masyarakat merasakan mereka adalah sangat unik dan sangat ingin dikenali bukan sangat unik dan perlu ditepis.